My Add

Wednesday 5 October 2011

Hilang kepercayaan: 8 AJK PKR Penampang letak jawatan

KOTA KINABALU: Lapan anggota Jawatankuasa (AJK) cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Penampang meletak jawatan masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Mereka ialah Jerald Solibun, Giles Bernard Mojikon, David Michael Makanjang, Bandu Sidom, Alivat Tahak, Jipolin Jouti, Anthony Samuel dan Joseph Jilliam.

Ketika mengumumkan perkara itu kepada pemberita di sini hari ini, mereka berkata, keputusan bersama itu dibuat kerana hilang kepercayaan kepada pimpinan cabang PKR Penampang.

Menurut mereka surat peletakan jawatan dalam parti itu akan dihantar ke ibu pejabat PKR di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan sama ada mereka keluar daripada PKR atau sebaliknya, kerana mereka masih memikirkan pilihan terbaik untuk meneruskan karier politik mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment