My Add

Wednesday 5 October 2011

Pembangkang belum setuju agihan kerusi Parlimen Sarawak

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang terdiri PKR-DAP-Pas belum mencapai kata sepakat mengenai agihan kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang walaupun setelah dua perbincangan diadakan.

Beberapa sumber berkata, punca utama ialah tuntutan DAP dan PKR untuk bertanding beberapa kerusi yang sama manakala Pas pula menyasarkan kawasan-kawasan tertentu yang juga menjadi pilihan PKR.

Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng memberitahu Bernama bahawa walaupun kata sepakat belum dicapai, perkara itu boleh diselesaikan kerana beberapa lagi perbincangan akan diadakan.

"Ada beberapa kerusi yang menyaksikan tuntutan bertindih tetapi PKR Sarawak kata mereka akan menyerahkan kepada kepimpinan pusatnya untuk berunding dengan kita," katanya.


Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian, ketika dihubungi berkata, beliau yakin sebarang isu dapat diselesaikan menjelang pilihan raya umum kelak. 

No comments:

Post a Comment