My Add

Monday 24 October 2011

Sebar agama lain pada umat Islam boleh ke mahkamah sivil

Jamil Khir
ISNIN, 24 OktOBRT, 2011: Orang bukan Islam yang menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam boleh didakwa di mahkamah sivil mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kesalahan yang diperuntukkan di bawah enakmen itu antaranya melibatkan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan.

Kesalahan lain ialah menerbit dan menyebarkan terbitan mengenai apa-apa agama selain Islam serta mendedahkan orang belum dewasa beragama Islam kepada pengaruh agama bukan Islam.

Menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 yang berkaitan portfolionya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata, sangat ramai yang tidak sedar wujud enakmen itu yang sudah dilaksanakan sejak tahun 1980, dan ia (mereka yang bersalah) tidak akan didakwa di mahkamah syariah.

Antara negeri yang menguatkuasakan enakmen itu ialah Terengganu, Kelantan, Selangor, Melaka, Kedah, Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Perlis. 

No comments:

Post a Comment