My Add

Tuesday 18 October 2011

Kemahiran Wan Nazri boleh dimanfaatkan oleh negara

                                       Foto Syamsi Suhaimi

MENTERI Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim ( foto atas) merasmikan majlis Temasya Dikir Barat Kelantan, hari ini. Disaksi Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Emeritus Datuk Ir.Dr Zainai Mohamed (kanan) bersama sebahagian daripada 1,039 orang pendikir seluruh Kelantan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.

Sambil itu Dr. Rais berkata, beliau mahu bertemu dengan jurutera Malaysia, Wan Nazri Wan Aria, 31, yang terlibat dalam mereka bentuk pembinaan menara jam Abraj Al-Bait di Mekah.

Beliau yang berbangga dengan kejayaan anak Malaysia itu berkata, kemahiran yang dimiliki oleh Wan Nazri boleh dimanfaatkan oleh negara sebaik mungkin.

"Saya rasa berbangga ada anak Malaysia yang berkeupayaan tinggi sehingga dapat pengiktirafan pihak berkuasa Arab Saudi. Semoga ilmu beliau dapat kita gunakan di tanah air.

"Saya ingin bertemu dengannya untuk mengetahui apa yang beliau boleh sumbangkan kepada (penyelenggaraan) beberapa menara jam yang ada di tanah air kita. Pertemuan itu boleh diadakan bila-bila masa jika ada kelapangan," katanya.

No comments:

Post a Comment