My Add

Saturday 15 October 2011

Khabar kurang 'enak' bertiup lagi dari Jakarta

KELMARIN, kita dikejutkan oleh khabar kurang 'enaak' dari Jakarta. 

Kedutaan besar kita di Jalan Rusuna Said, dijadikan sasaran demonstrasi oleh segelintir penduduk Indonesia berhubung isu sempadan Malaysia-Indonesia.

Dilaporkan, demontrasi itu disertai kumpulan Laskar Merah Putih (LMP). Kira-kira 70 anggotanya yang berpakaian seragam celoreng berkumpul 'liar' selama satu setengah jam.

Mereka membawa sepanduk dan berucap mengecam Malaysia yang didakwa mengambil secara haram lebih 1,000 hektar tanah di Kalimantan Barat, yang bersempadan dengan Sarawak.

Tetapi anggota polis yang berkawal di hadapan bangunan kedutaan kita
di Jakarta itu mampu menghalang mereka daripada memasang bendera di pintu pagar dan menyekat kumpulan berkenaan daripada mendekati pintu pagar.

Namun, sebelum bersurai, kumpulan yang dipimpin Adek Erfil Manurung itu menyerahkan nota pernyataan pendirian mereka kepada seorang kakitangan di pos pengawal kedutaan itu.

Mereka akan mengadakan satu lagi demonstrasi berskala besar pada 28 Oktober ini. 



















SEBAHAGIAN daripada peserta demonstrasi berhimpun di luar pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia kelmain. - Utusan/Sharuddin Mustafa

Mereka, antara lain meminta Kerajaan Malaysia menyelesaikan isu pertikaian sempadan antara kedua-dua negara. 

Isu sempadan ditimbulkan Timbalan Ketua Suruhanjaya 1, Dewan Perwakilan Rakyat Tb Hasanuddin, hujung minggu lalu.

Hasanuddin mendakwa Indonesia kehilangan 1,400 hektar di Camar Bulan serta 800 meter garis pantai di Tanjung Datu, kononnya diambil secara haram oleh Malaysia. 

Bagaimanapun, empat menteri Indonesia, termasuk Menteri Luar, Marty Natalegawa, dilaporkan menafikan dakwaan berkenaan kerana ia tidak berasas. – 

Timbalan Perdana Menteri mendapati dakwaan itu tidak benar dan sudah diperjelas kepada Indonesia

Tani Sri Muhyiddin Yasin tidak menolak kemungkinan tindakan sekumpulan rakyat Indonesia yang merusuh itu sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab bagi menarik perhatian terhadap masalah dalaman yang dihadapi mereka.

Muhyddin berkata, tidak wujud pertikaian sempadan antara Malaysia dan Indonesia di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat ketika ini yang dikatakan punca tunjuk perasaan.

“Saya jangka perkara ini berbangkit kerana ada pihak nak jadikan Malaysia sebagai ‘punching back’.

"Mereka mungkin ada masalah dalaman dan ada hubung kait dengan isu tempatan di sana dan nak tarik perhatian pihak tertentu di sana terhadap masalah dalaman itu.

“Ia tidak sepatutnya berlaku kerana kita sentiasa menghormati hubungan dua hala yang sudah terjalin secara rasmi,” katanya. 

Menurut Muhyiddin, beliau sudah menyemak dengan Wisma Putra berhubung tuduhan itu dan didapati tidak benar serta sudah diperjelaskan beberapa menteri Indonesia. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyifatkan tuduhan Hassanuddin bahawa Malaysia mencuri tanah di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat dan Sabah-Kalimantan Timur, berniat jahat.

Katanya, Hasanuddin seolah-olah cubaan untuk menjejaskan nama baik Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Katanya, tuduhan ahli politik itu, termasuk menuduh Malaysia mengalihkan batu sempadan juga bersifat provokasi yang boleh mencetuskan ketegangan antara kedua-dua negara, jika dibiarkan.

Katanya, Malaysia dan Indonesia sudah mencapai kata sepakat berhubung proses penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa Malaysia-Indonesia,

Bagaimanapun, Zahid mengaku masih ada perbezaan pendapat berhubung status lokasi dikenali sebagai kawasan Outstanding Boundry Problems (OBP).

Ia membabitkan kawasan sepanjang 73.5 kilometer di sempadan Sarawak-Kalimantan Barat yang merangkumi kawasan Batu Aum, Gunung Jagoi dan Gunung Raya, 136.2 kilometer kawasan OBP di sempadan Sabah-Kalimantan Timur membabitkan Sungai Sinapad, Sungai Sesai, Sungai Simantipal dan Pulau Sebatik, katanya.

Projek penandaan dan pengukuran sempadan darat kedua-dua negara dilaksana mengikut ketetapan konvensyen dan perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan British dan Belanda di London pada 20 Jun 1891, selain Perjanjian Sempadan, juga ditandatangani di bandar raya itu pada 28 September 1915 dan Konvensyen Sempadan di The Hague, Belanda pada 26 Mac 1928.

Jadi,, benarlah hujah Muhyiddin, demontrasi itu dijadikan isu unuk melepaskan geram.

Kita berharap Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshee Afdzaruddin Syed Hassan, akan menerima penjelasan daripada pemerintah Indonesia bagaimana kekacauan sedemikian boleh tercetus.

Kita yakin nota diplomatik yang dikemukakan nanti mendapat penjelasan daripada pemerintah Ingonesia bagaimana mereka dapat membantu kita menyelesaikan isu ini,

Pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta hampir setiap tahun berhadapan dengan kumpulan penunjuk perasaan sehingga berlaku pelbagai kerosakan pada aset negara.



No comments:

Post a Comment