My Add

Saturday 8 October 2011

KLFID peluang baik negara jadi pusat kewangan: Dr Mahathir

DR. Mahathir Mohamad tertarik dengan salah satu koleksi buku Dr. Ismail Ibrahim (kanan) selepas melancarkannya di Yayasan Albukhary, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
                                                                             Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
SABTU, 08 Oktober, 2011: Cadangan kerajaan untuk membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFD) merupakan peluang yang baik bagi Malaysia untuk menjadi pusat kewangan antarabangsa terkemuka di rantau ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ia memerlukan kajian yang mendalam dan perhatian kerajaan kerana pusat berkenaan mampu merosakkan ekonomi dan kewangan negara seperti yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah.

Katanya, ketika ini AS dan negara Eropah tidak mampu menjadi pusat kewangan yang baik oleh kerana beberapa masalah yang dihadapi ketika ini.

"Di sebelah sini, kita tahu Singapura juga berfungsi sebagai pusat kewangan antarabangsa, namun saya fikir jika kita mahukannya, kita boleh kerana ia merupakan peluang bagi kita berikutan kemerosotan ekonomi yang dihadapi AS dan Eropah," katanya pada majlis pelancaran buku-buku Prof. Datuk Dr. Ismail Ibrahim di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Bajet 2012 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Dalam perkembangan berlainan, Dr. Mahathir berkata, langkah kerajaan untuk melanjutkan umur persaraan wajib dari 58 ke 60 tahun merupakan langkah yang baik.

Katanya, kakitangan kerajaan pada umur itu masih cekap dan tajam berfikir berikutan cara hidup masyarakat yang semakin sihat dan jangka hayat yang semakin meningkat.

"Kita harus ikut jangka hayat rakyat kerana pada umur 55 tahun mereka masih cekap, pantas dan tajam berfikir. Saya fikir sekarang ini kebanyakan rakyat hidup sehingga umur 86 tahun," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata, pihaknya mempunyai banyak rancangan untuk membangunkan Langkawi menerusi peruntukan RM420 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - Utusan

No comments:

Post a Comment