My Add

Wednesday 12 October 2011

Nilai sikap diam diri Guan Eng

Utuaan Malaysia
RABU, 12 Okt0ber, 2011: Rakyat diminta menilai sendiri sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang masih mendiamkan diri dengan desakan banyak pihak memintanya menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon maaf secara rasmi kepada baginda dan penduduk negeri ini.

Naib Pengerusi Gerakan Aktivis Pengguna Johor (Penaja), Mohd. Kassim Yusoff berkata, sebagai pemimpin, Guan Eng perlu bertanggungjawab dengan setiap tindakannya dan tidak menyalahkan mana-mana pihak termasuk media yang dikatakan memutarbelitkan kenyataan itu.

"Memanglah dia (Guan Eng) sudah meminta maaf melalui sebuah portal. Kami harap dia meminta maaf secara terbuka termasuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi membuktikan keikhlasannya.

"Kebisuan yang ditunjukkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu dijadikan kayu ukur kepada rakyat untuk menilai sejauh mana pemimpin DAP itu mampu menjadi teladan kepada semua," katanya di Johor Bahru, semalam.

Mohd. Kassim berkata, sekiranya Guan Eng terus membisu, beliau tidak seharusnya mendapat tempat di hati rakyat.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar (Gapet) Johor Bahru, Raja Mohd. Nor Mohamed berkata, akibat kenyataan Guan Eng itu pemandu teksi sering dihujani pertanyaan daripada pelancong luar dan ada segelintir daripadanya mengakui takut untuk datang ke negeri ini.

"Saya memang kesal dengan kenyataan tersebut kerana pendapatan pemandu teksi turut terjejas," katanya.

Raja Mohd. Nor menegaskan, Johor selamat untuk dikunjungi dan negeri ini mempunyai pasukan polis yang cekap dan sentiasa siap siaga menghadapi sebarang ancaman dan jenayah.

No comments:

Post a Comment