My Add

Monday 10 October 2011

Pusat Transformasi Luar Bandar diwujudkan - Shafie Apdal

Bernama

ISNIN,10 Oktober, 2011: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara sebagai mekanisme mengoptimumkan potensi luar bandar dan menjana pertumbuhan ekonomi baru.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, melalui RTC aktiviti ekonomi akan berkembang ke kawasan luar bandar dan seterusnya menjana ekonomi setempat.

Mohd. Shafie berkata, RTC yang akan berfungsi sebagai pusat integrasi logistik, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian luar bandar, akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti perbankan dan insurans, pusat latihan dan kemahiran, klinik dan ruang perniagaan.

"Buat permulaan, kerajaan akan memajukan RTC di Gopeng di Perak dan Wakaf Che Yeh di Kelantan sebagai projek perintis RTC. Empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak,” katanya ketika berucap merasmikan premis Kolej Risda Cawangan Semporna di Semporna, Sabah, har ini.

Mohd Shafie berkata, RTC berkenaan merupakan satu inisiatif di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), satu inisiatif kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar secara komprehensif seperti dicadangkan Belanjawan 2012.  

No comments:

Post a Comment