My Add

Sunday 9 October 2011

Ribuan hadiri Perhimpunan 109 – protes Lynas

Keadilandaily
http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/10/Stop-Lynas.jpg

AHAD, 09 oKTOBER, 2011: Dilaporkan, kira-kira 2,000 membanjiri pantai Taman Gelora, Kuantan bagi memberikan menyatakan bantahan terhadap pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Pahang.

Dinamakan “Himpunan Hijau 109″, perhimpunan itu dipendekkan oleh anggota polis yang menghalang penceremah membuat ucapan. 

Mengikut Malaysiakini, permit berhimpun dalam program NGO alam sekitar itu ditarik balik malam tadi ekoran terdapat program khidmat negara. 

Bagaimanapun pagi ini, mereka tetap berkumpula mulai jam 8.30 pagi di bawah pemerhatian kira-kira 50 anggota polis. 

Orang ramai kelihatan enggan berganjak dan membina perisai manusia tetapi selepas ditolak polis polis mereka menjadi marah dan mula mengebu serta meneriakkan slogan “Hidup rakyat”. 

Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd jasmani Yusof bagaimanapun tetap menegaskan supaya orang ramai bersurai.

Himpunan Hijau 109 gagal raih sokongan


Sementara itu, Bernama melaporkan, himpunan itu gagal meraih sokongan ramai.

Ini berikutan hanya kira-kira seribu orang yang hadir pada perhimpunan yang diadakan di Taman Gelora, Kuantan, pagi tadi berbanding sasaran awal yang ditetapkan pembangkang iaitu 10,000 orang.

Mereka yang hadir kebanyakannya penduduk di sekitar Kuantan serta ahli beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Suara Anak Malaysia, Pergerakan Save Malaysia Stop Lynas dan Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery yang datang seawal pukul 6 pagi.

Perhimpunan tersebut berjalan dengan aman dan orang ramai dilihat mula bersurai pada pukul 9 pagi.  

No comments:

Post a Comment