My Add

Thursday 6 October 2011

Rizab negara RM414.5 bilion, kata Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kedudukan rizab negara sehingga 15 September 2011 semakin kukuh apabila mencatat RM414.5 bilion (AS$137 bilion), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, angka tersebut meningkat 3.6 kali lebih tinggi berbanding paras rizab antarabangsa negara yang direkodkan sejak 2001 iaitu sebanyak RM113.6 bilion (AS$29.9 bilion).

Perdana Menteri berkata, paras rizab itu mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh dan 4.7 kali hutang luar negeri jangka pendek.

"Kedudukan rizab antarabangsa dalam bentuk emas merangkumi 1.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rizab antarabangsa negara.

"Rizab emas ini disimpan di Bank of England, Bank Negara dan Maybank dalam bentuk jongkong, wafer dan siling Kijang Emas,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment