My Add

Thursday 6 October 2011

Semua kaum perlu berkorban - Dr. Mahathir

SIBU: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, semua kaum di negara ini sama ada bumiputera dan bukan bumiputera perlu bersedia mengorbankan sedikit hak mereka jika mahu terus hidup harmoni bersama di negara ini.

Bagaimanapun, bekas Perdana Menteri itu berkata, pada asasnya setiap daripada mereka bebas untuk mempertahankan hak masing-masing.

Cuma katanya, apa yang dipertahankan itu mestilah tidak terkeluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

"Masing-masing kena korban sedikit daripada hak dia kalau hendak hidup bersama," katanya kepada pemberita selepas majlis Sepetang Bersama Negarawan Ulung di sini, semalam.

Majlis anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Sibu dengan kerjasama Persatuan Graduan Bumiputera Sibu itu dihadiri lebih 1,000 peserta dan berlangsung secara tertutup.

Ia merupakan kunjungan pertama Dr. Mahathir ke bandar ini selepas kali terakhir berbuat demikian pada 2004.

Sementara itu, Dr. Mahathir sekali lagi menempelak pembentangan bajet 2012 yang dibuat oleh pakatan pembangkang semalam sebagai angan-angan dan tiada sebarang makna.

Katanya, mereka hanya setakat boleh berjanji namun pasti tidak mampu melakukan apa-apa.

"Dia buat (bajet macam) manifesto, kalau dia janji, dia bukan boleh tunaikan, kita dah tengok ramai orang yang berjanji tetapi buat tidak boleh," tegasnya.

No comments:

Post a Comment