My Add

Sunday 16 October 2011

RM53.64j setahun untuk bantu kumpulan sasar di P.Pinang


Shahrizat Jalil
Bernama
SAABTU, 15 Oktober, 2011: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM53.64 juta setahun untuk membantu lebih 21,700 kumpulan sasar di Pulau Pinang melalui Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata jumlah yang diperuntukkan kerajaan Persekutuan untuk membantu rakyat Pulau Pinang adalah lebih besar berbanding peruntukan yang disediakan oleh kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang bagi RM100 sahaja setahun kepada warga emas iaitu kira-kira RM8 sebulan. Kalau nak dibandingkan, bantuan yang kita bagi adalah lebih besar tapi mereka (kerajaan Pulau Pinang) bercakap tentang bantuan RM100 di sana sini,” katanya. 

Shahrizat hadir di  majlis perasmian Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Bertam, Kepala Batas, hari ini.

Kata, golongan yang menerima bantuan melalui program Karisma antaranya ialah Orang Kurang Upaya, warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak.

"Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memperuntukkan RM1.2 bilion tahun ini untuk disalurkan kepada 500,000 kumpulan sasar di seluruh negara melalui program Karisma,” katanya lagi.

Selain program Karisma, terdapat program lain seperti program Azam (Akhiri Zaman Miskin) yang diwujudkan oleh kementerian bagi membantu golongan miskin meningkatkan taraf hidup mereka.

No comments:

Post a Comment