My Add

Sunday 16 October 2011

Sedar BN mampu bela nasib rakyat: 35 ahli Pas sertai UMNO


Bernama

AHAD, 16 Oktober, 2011: Seramai 35 bekas anggota Pas Cawangan Kampung Baru Lembah Gula, Padang Sanai di sini menyerahkan borang keahlian untuk menyertai UMNO, hari ini.

Bekas anggota Pas itu adalah antara 65 orang yang menyerahkan borang keahlian baru untuk menyertai UMNO di Kampung Baru Padang Chendering, Padang Sanai.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim yang menerima borang keahlian baru itu, berkata, bekas anggota Pas itu menyertai UMNO kerana mereka sedar hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu membela nasib rakyat.

Bekas Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Baru Lembah Gula, Mat Jaya Putih, 53, berkata, selama 12 tahun bersama Pas, beliau mendapati semua janji yang dibuat parti itu tidak ditunaikan.

"Mereka sering menabur janji tetapi ia adalah janji-janji kosong yang hanya mahu mengaburi mata rakyat.

“Mereka janji nak selesaikan masalah tanah penduduk tapi sehingga sekarang ia tak pernah selesai malah menjadi semakin rumit,” katanya yang dipecat pengerusi MKK tanpa sebab.

No comments:

Post a Comment