Oleh LILIS SURIANI OMAR
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Kes kematian akibat demam denggi mencatatkan peningkatan mendadak sebanyak 347 peratus atau 52 kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 67 kematian berbanding hanya 15 kematian pada tahun lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada minggu ke-18 iaitu dari 27 April hingga Khamis lalu, satu kematian turut dilaporkan, menjadikan jumlah kes meningkat sebanyak 16 peratus (1,133 kes) berbanding hanya 974 kes pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata, terdapat 11 negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Selangor 59 kes, Johor (37), Negeri Sembilan (33), Sarawak (16), Kuala Lumpur dan Putrajaya (12), Pulau Pinang (8), Melaka (7), Terengganu (5), Sabah (4), Kedah (3) dan Perlis (2).
Dalam pada itu, sejumlah 272 lokaliti wabak yang masih aktif dilaporkan di 11 negeri dan daripada jumlah tersebut, 31 lokaliti merupakan hotspot dan 22 lokaliti merupakan wabak tak terkawal.
Sebanyak 104,618 premis telah diperiksa pada minggu lepas dan kami dapati 1,292 premis membiakkan nyamuk Aedes dengan Kadar Pembiakan Aedes (Indeks Aedes) sebanyak 1.5 peratus," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Noor Hisham berkata, antara kawasan yang dikenal pasti mempunyai pembiakan Aedes yang tinggi adalah kilang, lot-lot kosong, tanah perkuburan, sekolah, tapak bina, taman rekreasi, kawasan awam, perumahan terbengkalai dan tempat pembuangan sampah.
Tempat-tempat pembiakan ini jika dibiarkan akan menyebabkan kejadian kes denggi berlarutan dan mewujudkan lebih banyak kawasan-kawasan wabak denggi.
Justeru, orang ramai terutamanya yang berada di kawasan wabak perlu mengambil sikap yang proaktif untuk membersih dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes selain saling bekerjasama dalam aktiviti pencegahan denggi di kawasan mereka," jelasnya.
Tambahnya, pada masa ini, secara keseluruhannya kes denggi di seluruh negara masih berada dalam trend penurunan bagi tempoh dua bulan dan beliau mengharapkan agar segala usaha semasa dipergiatkan supaya kes dapat diturunkan. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment