My Add

Friday, 9 May 2014

6,000 penduduk Johor Bahru mohon rumah kos rendah

JOHOR BAHRU, JUMAAT, 09 Mei -, 2014: Kira-kira 6,000 penduduk di Johor Bahru sudah memohon untuk memiliki rumah kos rendah dan mampu milik secara dalam talian yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak bulan lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, permohonan menerusi laman sesawang e-rumah www.johor.gov.my itu dapat membantu kerajaan negeri membuat perancangan lebih berkesan terhadap pemilikan rumah dalam jangka masa 10 tahun ini.

"Kita sedang merancang dengan Pejabat Daerah di setiap daerah lain untuk membantu melakukan urusan yang sama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Perancangan Wilayah dan Bandar di Universiti Teknologi Malaysia di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment