My Add

Friday, 9 May 2014

Raja Nazrin cadang PDRM perkenal 'forum perundingan'

SELAMA, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah hari ini mencadangkan supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan konsep 'forum perundingan' melibatkan penyertaan aktif kumpulan elit, profesional dan intelek dalam usaha memelihara ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Baginda bertitah selaras dengan senario masyarakat awam yang semakin cenderung mahu berperanan aktif di dalam negara, maka perkhidmatan polis wajar lebih dimasyarakatkan dengan melibatkan lebih banyak penyertaan mereka.

"Kumpulan elit, profesional dan intelek adalah aset berharga di dalam negara yang sewajarnya dihargai dan boleh menjadi kumpulan pemikir membantu tugas-tugas kepolisan melalui forum perundingan yang diwujudkan di setiap peringkat," titah baginda ketika menyempurnakan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment