My Add

Wednesday 28 May 2014

Akauntan bebas tuduhan pecah amanah

KUALA LUMPUR, SELASA 27 Mei, 2014: Seorang akauntan dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada hukuman penjara tiga tahun dan sebatan dua kali atas tuduhan pecah amanah membabitkan lima keping cek bernilai RM250,000 dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan P. Subramaniam, 53, setelah mahkamah mendapati pe-rayu sepatutnya dituduh bersama-sama beberapa individu lain dan bukannya didakwa sendirian.

Subramaniam menge-mukakan rayuan setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Sesyen pada 21 Mei 2012 yang menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan sebatan dua kali terhadapnya setelah disabitkan atas pertuduhan tersebut.

Dia sebelum ini didakwa atas tuduhan melakukan pecah amanah terhadap lima keping cek bernilai RM250,000 apabila gagal membuat pembayaran cukai pendapatan syarikat Cashflow Horizon Sdn. Bhd. (Cashflow) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Cawangan Wilayah Persekutuan.

Cashflow ialah syarikat yang mengusahakan pro-duk kecantikan dengan jenama 'O'lynn'.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di premis syarikat terbabit di Wisma Pantai, No 5, Jalan 4/83A, di sini antara 30 Ogos dan 13 Disember 2002.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta boleh dikenakan denda. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment