My Add

Monday 26 May 2014

Awas penipuan internet sempena Piala Dunia

KUALA LUMPUR, ISNIN 26 Mei, 2014: Penjenayah siber sedang merangka kempen penipuan dengan menyasarkan peminat bola sepak ketika tuan rumah Brazil membuat persiapan akhir untuk Piala Dunia 2014 Persekutuan Persatuan Bolasepak Antarabangsa.

Aktiviti penipuan dalam talian juga sedang giat merangka laman web canggih meniru domain tulen Piala Dunia, penaja dan rakan kongsinya dan cuba memikat pengguna untuk berkongsi data peribadi mereka, seperti nama pengguna, kata laluan dan nombor kad kredit, kata Kaspersky dalam satu kenyataan hari ini.

Penyelidik Kanan Keselamatan Fabio Assolini berkata, syarikat itu telah mengesan kira-kira 60 domain palsu setiap hari di Brazil, sebahagian besarnya sangat canggih dan direka bentuk dengan pintar.

Sesetengah laman web palsu ini nampak begitu selamat. Sebagai contoh, URLs mereka bermula dengan "https" dengan 's' untuk selamat (secure), apabila penjenayah siber dapat membeli sijil Lapisan Soket Selamat (SDSL) daripada penguasa pensijilan," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment