My Add

Monday 26 May 2014

Lebih 23,000 orang kunjungi Fiesta Malaysia di Melbourne

MELBOURNE, ISNIN 26 Mei, 2014: Lebih 23,000 orang membanjiri Fiesta Malaysia 2014 semalam, yang mempromosi kepelbagaian budaya dan cita rasa masakan Malaysia istimewa kepada pengunjung.

Pesta anjuran Majlis Perwakilan Pelajar-pelajar Malaysia di Australia-Victoria (MASCA Victoria) dan disokong oleh Konsulat Jeneral Malaysia di sini berlangsung di Federation Square Melbourne dengan pengunjung daripada semua peringkat umur tidak putus-putus membanjirinya sepanjang hari.

"Ini suatu yang hebat dan pujian harus diberi kepada pelajar kita yang menghabiskan masa berbulan-bulan merancang pesta ini," kata Konsulat Jeneral Malaysia Datuk Dr Mohd Rameez Yaaya kepada Bernama.

"Tahun lepas, kira-kira 18,000 orang datang ke fiesta ini dan angka tahun ini amat menakjubkan dan menggalakkan bagi pelajar dan Malaysia," kata beliau. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment