My Add

Monday 26 May 2014

Remaja muat turun, muat naik lagu di internet ditahan

PUTRAJAYA, ISNIN 26 Mei, 2014: Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki memuat turun dan memuat naik lagu tempatan dan filem antarabangsa di laman web tanpa kebenaran pemilik hakcipta.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata, suspek berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Larkin Perdana, Johor Baharu, Rabu lepas, selepas risikan dan pemantauan dibuat kira-kira sebulan.

"Serbuan dilakukan hasil aduan pemilik hak cipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) muzik-muzik tempatan dan filem antarabangsa tanpa kebenaran pemilik hakcipta," katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Trident di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment