My Add

Tuesday 27 May 2014

Azrai menang anugerah Wartawan Terbaik NPC 2014

 * NAJIB Tun Razak menyampaikan anugerah kepada Azrai Mohammad pada majlis Anugerah Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan Presiden NPC, Mokhtar Hussin (dua, kanan) dan Pengerusi NPC, Datuk Ahiruddin Attan (kiri).
KUALA LUMPUR, ISNIN 26 Mei, 2014: Wartawan Utusan Malaysia, Azrai Mohammad, berjaya menggondol anugerah Wartawan Terbaik Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) 2014 di sini malam ini.

Anugerah tersebut disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan kemenangan itu, Azrai yang merupakan wartawan meja jenayah membawa pulang wang tunai RM15,000, tiket penerbangan ke London serta trofi.

Azrai berkata, kemenangan tersebut merupakan satu permulaan kepadanya untuk terus berusaha dengan lebih cemerlang dalam dunia kewartawanan pada masa hadapan.

"Saya berterima kasih kepada Utusan Malaysia kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan beberapa siri laporan berita secara komprehensif sehingga melayakkan kemenangan ini.

"Pengiktirafan ini cukup bermakna untuk saya terus mengorak langkah menjadi wartawan lebih cemerlang pada masa hadapan," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Sebanyak 14 kategori dipertandingkan menerusi anugerah itu antaranya Fotografi Terbaik, Wartawan Muda Celcom, Personaliti Media Terbaik dan Organisasi Media Terbaik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment