My Add

Monday 26 May 2014

Bajet 2015 pastikan kelancaran memasuki RMK-11

PUTRAJAYA, ISNIN 26 Mei, 2014: Bajet 2015 yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini merupakan belanjawan penting menyediakan peruntukan untuk projek yang belum dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan seterusnya memastikan kelancaran peralihan ke Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RMK-11 akan menghasilkan daya tolakan terakhir kepada usaha transformasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Adalah penting untuk memfokus semula usaha dan tenaga kita di bawah semangat 1Malaysia bagi menjana lebih banyak kekayaan selain meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis konsultasi Bajet 2015 bertema Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal, Mensejahterakan Rakyat di Kementerian Kewangan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment