My Add

Monday 26 May 2014

Keputusan rasmi status halal coklat Cadbury akan diumum - Jakim

PUTRAJAYA, ISNIN 26 Mei, 2014: Keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury akan diumum sebaik keputusan analisis Jabatan Kimia diperolehi dalam tempoh tujuh hari.

Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Jakim bersama-sama Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kimia Malaysia dan Jabatan Standard Malaysia.

"Makmal Jabatan Kimia merupakan makmal rasmi digunakan Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam pensijilan halal sebagaimana yang ditetapkan dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam kenyataan selepas mesyuarat berkenaan di sini hari ini.

Beliau berkata, makmal itu juga telah diwartakan sebagai makmal makanan yang kompeten dalam menjalankan analisis makanan selain mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia bawah Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM) berdasarkan Standard MS ISO/IEC 17025: 2005 bagi pengujian DNA termasuk bagi pengujian produk makanan terproses.

Dua sampel coklat keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd yang didapati mempunyai DNA khinzir ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment