My Add

Tuesday 27 May 2014

Bajet 2015: Peralihan ke RMK-11

Oleh THOMAS CHONG

 
 * NAJIB Tun Razak berucap pada majlis konsultasi Bajet 2015 bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal, Mensejahterakan Rakyat' di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan Ahmad Husni Hanadzlah (kiri), Mohd. Irwan Serigar Abdullah (dua, kanan) dan Zeti Akhtar Aziz (kanan). - BERNAMA
PUTRAJAYA, ISNIN 26 Mei, 2014: Bajet 2015 yang akan dibentang di Dewan Rakyat pada 10 Oktober ini merupakan belanjawan penting menyediakan peruntukan untuk projek yang belum dilaksanakan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan seterusnya memastikan kelancaran peralihan ke Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, RMK-11 akan menghasilkan daya tolakan terakhir kepada usaha transformasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Adalah penting untuk memfokus semula usaha dan tenaga kita di bawah semangat 1Malaysia bagi menjana lebih banyak kekayaan selain meningkatkan kesejahteraan rakyat," katanya ketika berucap dalam majlis konsultasi Bajet 2015 bertemakan 'Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Kemampanan Fiskal, Mensejahterakan Rakyat' di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, sementara mengejar pertumbuhan, kerajaan pada masa sama tidak akan meminggirkan agenda reformasi fiskal bagi memastikan kemapanan dalam pertumbuhan.

"Saya akan terus mengembangkan bajet tetapi tidak harus dilakukan atas impak ke atas defisit. Kita menjangkakan defisit akan menurun kepada 3.5 peratus tahun ini dan mencapai bajet seimbang menjelang 2020.

"Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang bertanggungjawab ke atas semua aspek pengurusan fiskal telah meneliti pelbagai pendekatan fiskal yang merangkumi pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta rasionalisasi subsidi," katanya.

Najib turut menegaskan kepentingan memacu keseimbangan antara keuntungan syarikat dengan gaji pekerja di negara ini.

"Gaji di Malaysia berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah sebanyak 32.9 peratus dan secara relatifnya rendah jika dibandingkan dengan tahap negara maju yang mencatatkan purata 40 peratus.

"Untuk membangun dan mengekalkan bakat dalam perniagaan, sektor swasta mesti bersikap inklusif dalam perkongsian kek ekonomi selari dengan produktiviti mereka," katanya.

Perdana Menteri berkata, dasar dan pertumbuhan negara tidak harus meminggirkan mana-mana kumpulan dan semua pihak perlu meneroka cara untuk memastikan ekonomi Malaysia menjadi lebih inklusif dan seimbang.

Beliau berkata, di bawah Bajet 2015, kerajaan akan melihat pelbagai kaedah untuk membantu rakyat berdepan kos hidup yang meningkat termasuk menambah pengeluaran makanan serta menyekat keuntungan melampau orang tengah dan aktiviti spekulasi. - UTYSAN

No comments:

Post a Comment