My Add

Wednesday 28 May 2014

Bawa limpahan Iskandar Malaysia ke kawasan lain

NUSAJAYA, SELASA 27 Mei, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kesan limpahan daripada pembangunan Iskandar Malaysia dan kawasan selatan Johor menerusi projek minyak dan gas perlu turut dinikmati kawasan lain.

Beliau berkata, langkah tersebut bagi membolehkan penduduk seperti di wilayah utara Johor di Batu Pahat, Muar dan Segamat dapat bersama-sama memperoleh manfaat hasil limpahan tersebut.

Pada masa sama, beliau turut memberi jaminan bahawa pelan pembangunan di negeri ini bukan hanya tertumpu kepada sektor sedia ada, namun akan terus diperhebatkan termasuk mencari potensi lain yang boleh dikembangkan.

"Pembangunan di wilayah utara negeri ini juga boleh diberi perhatian supaya penduduk yang ada di kawasan terlibat dapat menyaksikan pertumbuhan dan limpahan yang sesuai boleh dilaksanakan di tempat mereka.

"Ada banyak lagi industri sokongan dalam bidang lain yang boleh dimanfaatkan termasuk latihan sumber manusia, modal insan dan industri kecil dan sederhana," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Johor oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment