My Add

Wednesday 28 May 2014

Cadbury perlu terima hukuman berat

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

 * NaADIM Johan (duduk, dua dari kanan) memberi penjelasan mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh 16 NGO Islam berhubung isu DNA babi yang ditemui dalam dua produk Cadbury pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
KUALA LUMPUR, SELASA 27 Mei, 2014: Sikap sambil lewa syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. (Cadbury) yang tidak menjaga kepentingan halal dalam kandungan produk yang dikeluarkan kepada pengguna Islam ekoran penemuan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine) dalam dua sampel coklat milik syarikat itu wajar dibalas dengan hukuman paling berat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kewajaran itu berasas ekoran syarikat berkenaan bukan sahaja tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf kepada pengguna Islam sehingga hari ini malah memberi imej buruk kepada negara yang dikenali sebagai hab halal dunia oleh negara luar.

Katanya, tindakan yang paling tegas perlu diberikan kepada syarikat terbabit sebagai satu isyarat kepada mereka bahawa pengguna Islam di negara ini tidak boleh dipermainkan selain mampu memberi peringatan dan pengajaran kepada syarikat lain.

"Tidak cukup hanya membawa mereka ke muka pengadilan dengan saman berjuta-juta atau berbilion ringgit tetapi kita mahu tindakan yang lebih agresif dilakukan kerajaan seperti menyita seterusnya menutup operasi kilang mereka di negara ini dan jangan sesekali memberi sijil halal kembali kerana kesalahan yang mereka buat merupakan satu penghinaan kepada umat Islam sama ada mereka sengaja atau sebaliknya.

"Sebagai pengguna pula, kita mempunyai kuasa lebih besar iaitu kita perlu memboikot semua produk syarikat ini dan hebahkan seluruh dunia tentang kebiadaban syarikat ini yang telah menipu seluruh umat Islam malah kita tidak menolak ini juga ada kemungkinan salah satu agenda untuk melemahkan umat Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Kementerian Kesihatan yang mengesahkan dua sampel coklat Cadbury ia­itu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA babi.

Ekoran kejadian itu,lebih 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan memfailkan saman bernilai RM100 juta terhadap syarikat berkenaan bagi menuntut keadilan terhadap tindakan syarikat itu yang tidak sensitif apabila sengaja menganiaya dan menghina umat Islam di negara ini dengan mencampurkan DNA babi di dalam produk mereka.

Dalam pada itu, jelas Nadzim, penemuan DNA babi di dalam produk Cadbury sangat mengejutkan pengguna Islam ekoran produk tersebut mempunyai logo halal yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga menyebabkan ramai pengguna kecewa dengan kemampuan jabatan berkenaan.

Ujarnya, PPIM meminta Jakim menyelesaikan perkara berkenaan dengan segera bagi mengembalikan imej jabatan itu yang dilihat gagal mengendalikan tugas mereka de-ngan baik.

"Jakim adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga soal halal dan haram dan kita sangat bergantung kepada mereka namun jika perkara seperti ini berlaku, pada siapa lagi kita mahu harapkan, justeru itu, kita mahu Akta Halal segera diluluskan dan mereka juga perlu mengkaji semula syarat-syarat pemberian sijil halal kepada syarikat makanan.

"Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kita mahu Jakim mrmbuat pemeriksaan secara rawak pada produk-produk yang telah diberikan sijil halal selain memantau dengan lebih kerap agar dapat mengesan kejadian seperti ini lebih awal," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment