My Add

Wednesday 28 May 2014

Cadbury tunggu hasil siasatan Jakim

KUALA LUMPUR, SELASA 27 Mei, 2014: Cadbury Confectionery (M) Sdn. Bhd. sedang menunggu hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terhadap dua sampel coklat Cadbury jenis kacang hazel dan buah badam selepas dikesan mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Pengarah Urusan Korporat Cadbury, Raja Zalina Raja Safran berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh dengan Jakim sehingga siasatan selesai.

"Kami tidak boleh berkongsi sebarang komen lagi buat masa ini, bagaimanapun sudah tentu kami sedang berusaha memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, Cadbury sebelum ini menjalinkan kerjasama yang rapat dalam usaha memastikan produk keluarannya mengikuti prosedur halal yang ditetapkan oleh Jakim.

Sehubungan itu katanya, pihaknya sedang menunggu keputusan rasmi berhubung status halal berikutan penemuan DNA babi itu yang akan diumum sebaik sahaja keputusan analisis Jabatan Kimia diperoleh daripada Jakim.

Raja Zalina dalam pada itu turut memberitahu, pihaknya turut menerima pelbagai komen terutamanya daripada masyarakat Islam yang mahukan pihaknya menangani isu berkenaan secepat mungkin. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment