My Add

Monday 26 May 2014

Calon BN janji transformasi ekonomi Teluk Intan

TELUK INTAN, ISNIN 26 Mei, 2014: Teluk Intan akan dijadikan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak, antara janji calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam mentransformasi ekonomi kawasan Parlimen itu.

Mah berkata, kedudukan strategik kawasan itu, yang terletak di tengah-tengah kawasan Pasir Salak, Bagan Datoh, Tapah dan Tanjong Malim, memberikan Teluk Intan kelebihan semula jadi yang dapat dimanfaatkan untuk pertanian moden.

Beliau turut berjanji untuk terus memajukan kawasan Teluk Intan menjadi sebuah pusat ekonomi di Hilir Perak, memandangkan ia mempunyai potensi besar untuk dibangunkan, selain berusaha menarik lebih banyak pelaburan, khasnya dalam bidang perkilangan dan pembuatan.

Mah dicabar calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dalam PRK 31 Mei ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment