My Add

Monday 26 May 2014

Ibu saudara lima beradik kesal ada pihak tabur fitnah

SUNGKAI, ISNIN 26 Mei, 2014: Ibu saudara kepada lima beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dalam kemalangan Jumaat lepas, melahirkan rasa kesal dan kecewa kerana terdapat pihak menabur fitnah bahawa keluarganya akan menghantar lima beradik itu ke rumah anak yatim dan mengambil semua duit sumbangan.

Junaida Mohd Zain, 42, berkata, beliau meminta pihak berkenaan agar menghentikan segala fitnah yang disebarkan melalui laman sosial Facebook itu.

"Kami ada perasaan...jangan cakap macam tu, lima beradik ini adalah darah daging kami. Walau apa pun terjadi kami tak kan pisahkan mereka, kami adik-beradik boleh jaga mereka," katanya ketika ditemui di Kampung Rahmat, Changkat Sulaiman di sini hari ini.

Seorang lagi ibu saudara lima beradik itu, Zainah, 44, mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pihak yang melakukan penipuan dengan meminta derma untuk lima beradik itu melalui Facebook. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment