My Add

Monday 26 May 2014

MH370: Data belum diproses Inmarsat akan dikeluarkan esok

SEPANG, ISNIN 26 Mei, 2014: Laporan mengenai data satelit yang belum diproses daripada firma United Kingdom Inmarsat, yang digunakan untuk mengesan pola penerbangan pesawat MH370 Malaysia Airlines, akan dikeluarkan esok.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Inmarsat akan mengumumkan laporan itu secara bersama.

"Ini yang mereka (Inmarsat dan DCA) telah beritahu saya," kata beliau kepada pemberita selepas melawat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 orang, hilang daripada imbasan radar ketika berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini pukul 12.41 tengah malam.

Pesawat Boeing 777-200ER itu sepatutnya mendarat di Beijing pukul 6.30 pagi pada hari yang sama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment