My Add

Friday, 9 May 2014

Ditahan miliki 93 peket dadah

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM

 * MOHAMAD Laham (dua dari kiri) menunjukkan motosikal milik suspek yang dirampas di IPD Alor Gajah, Melaka, semalam.
ALOR GAJAH, KHAMIS, 08 Mei, 2014: Walaupun sudah 26 kali keluar masuk penjara atas kesalahan memiliki dadah, samun dan rompak sejak 1978, namun itu langsung tidak memberi keinsafan kepadanya yang kini sudah berusia 53 tahun.

Dia yang masih bujang itu sebaliknya ditangkap sekali lagi kerana memiliki dadah dalam serbuan di rumahnya di Kampung Ramuan China Besar, Masjid Tanah, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohamad Laham berkata, hasilnya, polis menjumpai 93 peket plastik lut sinar disyaki heroin seberat 143.3 gram, satu peket plastik lut sinar serta satu tiub kaca mengandungi dadah jenis syabu seberat 12.3 gram dalam beg sandang milik suspek.

"Semasa serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Nar­kotik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka itu, suspek cuba membuang dadah berkenaan dalam lubang tandas tetapi berjaya dihalang," kata­nya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan hasil daripada maklumat orang awam itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Kawasaki Z250 dan wang tunai berjumlah RM1,630.

Katanya, kesemua rampasan termasuk dadah itu dianggarkan berjumlah RM38,680.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek mula menjalankan kegiatan pengedaran dadah sejak 2012 di daerah Masjid Tanah, Lubuk China dan Rembau, Negeri Sembilan.

"Suspek yang positif dadah, hasil ujian air kencing, direman sehingga 13 Mei ini untuk siasatan lanjut," ujarnya sambil memberitahu, kes disiasat mengikut seksyen 39 B Akta Da­dah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung mandatori. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment