My Add

Friday, 9 May 2014

Usaha kesan anggota kumpulan al-Syabab diteruskan

Oleh SYUKRI SHAARI

TAIPING, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus melakukan intipan untuk menghidu dan mengesan saki-baki anggota kumpulan militan al-Syabab yang dipercayai mula menyusup masuk ke negara ini sejak dua tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan yang berpangkalan di Afrika itu dikesan memasuki negara ini menggunakan pas pelajar, pas pekerja dagang dan pas sosial.

Katanya, rata-rata ahli kumpulan itu menggaburi mata pihak berkuasa apabila mendaftar sebagai pelajar di kolej-kolej swasta khususnya akademi bahasa.

"Setakat ini hanya seorang ahli kumpulan itu telah berjaya ditahan hasil intipan Unit Anti Keganasan Cawangan Khas Bukit Aman. Kami akan terus menjejaki saki-baki kumpulan ini yang dipercayai masih berada di Malaysia bagi memastikan negara ini tidak menjadi sarang latihan kumpulan pengganas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pengisytiharan Pusat Koreksional Kamunting dekat sini hari ini.- UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment