My Add

Friday, 9 May 2014

Gerakan Pulau Pinang sokong Mah Siew Keong calon PRK Teluk Intan

GEORGE TOWN, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini menyokong supaya Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dipilih sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, Jawatankuasa Perhubungan Gerakan menyokong penuh Mah dicalonkan kerana pengalaman beliau yang pernah berkhidmat di kawasan berkenaan selama dua penggal.

"Mah adalah calon yang paling layak untuk dipilih di Teluk Intan dan kami menyokong penuh pencalonan beliau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata Gerakan Pulau Pinang akan menubuhkan satu pasukan khas dengan seramai 80 petugas untuk membantu jentera pilihan raya di Teluk Intan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment