PM ke Nay Pyi Taw esok hadiri Sidang Kemuncak ASEAN
NAY PYI TA, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadualkan tiba di sini esok bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-24, yang berlangsung di pusat pentadbiran kerajaan Myanmar ini dari 8 hingga 11 Mei.
Semasa di sini, Perdana Menteri akan menyertai mesyuarat ketua-ketua kerajaan bersama sembilan lagi negara anggota Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Myanmar (MICC) pada 10 dan 11 Mei.
Pada sidang kemuncak ini, yang mana julung kali Myanmar menjadi tuan rumah sejak menganggotai ASEAN pada 1997, Perdana Menteri akan menandatangani Deklarasi Nay Pyi Taw bagi merealisasikan Komuniti ASEAN pada 2015 dan Terma Rujukan Setiausaha Agung ASEAN sebagai Koordinator Bantuan Kemanusiaan ASEAN.
Mulai tahun hadapan, Malaysia akan menjadi Pengerusi ASEAN ketika persatuan serantau ini meletakkan batu asas kepada pembentukan Komuniti ASEAN (AC). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment