My Add

Friday, 9 May 2014

Tesco labur RM40 juta turunkan harga 300 barangan

KLANG, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Tesco Stores Malaysia Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia) melabur RM40 juta tahun ini untuk menurunkan harga lebih 300 barangan keperluan harian sempena 'Kempen Harga Rendah Hari-hari' di cawangan pasar raya besar itu di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Georg Fischer berkata, kempen yang bermula sejak 1 Mei lepas itu merupakan inisiatif jangka panjang syarikat dalam usaha membantu rakyat menikmati pilihan barangan keperluan harian pada harga yang dikurangkan sehingga 30 peratus.

"Ia adalah pelaburan penting kerana sebagai peruncit, kami sentiasa memberi perhatian kepada pelanggan kami dan kami melabur untuk mengurangkan harga produk terpilih supaya lebih berpatutan.

"Kempen ini merupakan pelan yang akan berakhir pada akhir Februari tahun depan memandangkan pelanggan kami tidak lagi berminat dengan promosi dan diskaun jangka pendek dan langkah ini merupakan usaha kami untuk mengekalkan harga rendah," katanya selepas merasmikan kempen tersebut di Tesco Extra cawangan Bukit Tinggi di sini hari ini.

Ditanya langkah Tesco dalam menghadapi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan mulai April tahun depan, Fischer berkata pihaknya tetap memberi jaminan bahawa Tesco akan terus menjadi peneraju harga terendah berbanding pesaing lain. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment