![]() |
* HASAN Malek bersama sebahagian pelajar SMK Seri Ampang menunjukkan contoh makanan yang boleh dibawa pada majlis pelancaran Jom Bawa Bekal Ke Sekolah di sekolah berkenaan di Kuala Lumpur, semalam. |
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kerajaan tegas dalam melaksanakan GST pada April 2015 kerana mekanisme percukaian itu sangat baik demi kepentingan rakyat dan negara.
Kita akan meneruskan program penerangan secara menyeluruh kepada masyarakat tentang rasional GST di negara ini dalam tempoh terdekat.
Rakyat tidak akan membantah sekiranya mereka tahu kebaikan GST. Apa yang berlaku sekarang, GST diputar belit oleh pihak tertentu demi kepentingan politik mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan kempen 'Jom Bawa Bekal ke Sekolah' di Sekolah Menengah Seri Ampang, di sini hari ini.
Dalam isu berbeza, Hasan menegaskan, KPDNKK komited dalam mengawal harga barangan khususnya pada musim perayaan dan kerana itu pihaknya telah menyenaraikan sebanyak 12 barangan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan sempena Hari Gawai dan Kaamatan di Sarawak dan Sabah pada 31 Mei ini.
Senarai barangan kawalan dan harganya masih dalam proses kajian dan akan dimaklumkan pada masa terdekat. Untuk Hari Gawai dan Kaamatan, kita adakan seminggu sebelum tarikh perayaan manakala untuk bulan Ramadan, kita akan pantau harga selama sebulan," katanya.
Sementara itu, beliau berkata, seramai 3,007 peniaga daripada 476,756 premis perniagaan yang diperiksa di seluruh negara telah diambil tindakan dalam Ops Harga yang dilaksanakan setakat Rabu lalu.
Katanya, KPDNKK juga telah mengeluarkan kompaun kepada 1,581 peniaga dengan nilai sebanyak RM199,606 berdasarkan kesalahan yang telah dilakukan sehingga Mac lepas.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Hasan berkata, kempen 'Jom Bawa Bekal ke Sekolah' kelolaan KPDNKK itu dapat mendidik pelajar menjimatkan perbelanjaan harian selain mendorong mereka mengambil makanan berkhasiat, seimbang dan selamat.
Program ini akan dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara pada setiap hari Rabu bermula bulan ini," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment