My Add

Friday, 9 May 2014

Imigresen Melaka pantau warga Pakistan jual karpet

MELAKA, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Jabatan Imigresen Negeri Melaka akan meningkatkan operasi penguatkuasaan terhadap warga Pakistan yang didapati melanggar syarat kemasukan dengan menjual karpet dan tudung.

Pemangku Pengarahnya, Abu Bakar Sidek Hasan berkata, kebanyakan warga Pakistan yang ditahan didapati masuk menggunakan pas untuk bekerja dalam sektor peladangan dan pertanian, tetapi sebaliknya menjual karpet.

"Mereka juga dikesan menjalankan pelbagai perniagaan lain termasuk menjual tudung di sekityar Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Melaka Sentral," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata semalam lapan lelaki Pakistan berusia antara 25 hingga 30 tahun ditahan di sebuah kedai karpet di sekitar MITC.

Dalam operasi yang berakhir 1 pagi tadi, 12 lagi warga asing turut ditahan atas kesalahan melanggari syarat pas kemasukan, katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment