My Add

Tuesday 27 May 2014

Imuniti politik Dewan Undangan Negeri ada hadnya - Razali

MUAR, ISNIN 26 Mei, 2014: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim mengecam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer kerana menyalahgunakan kekebalan atau imu­niti politik dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memaki hamun.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, kebebasan bersuara dalam sidang DUN bukan satu perkara yang mutlak termasuk sehingga melakukan provokasi yang melampau.

"Perkara ini perlu dibendung dan imuniti ada hadnya. Tindakan undang-undang perlu dikenakan segera selain peraturan dalam DUN perlu dikuatkuasakan. Ini perlu kerana masih ada yang tidak faham kebebasan dalam DUN.

"Jika ini tidak dilakukan, wakil rak­yat akan melakukan sesuka hati sehingga menyentuh batas-batas perkauman," katanya ketika ditemui semasa majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Bukit Mor, Parit Jawa di sini hari ini.

Beliau mengulas keceluparan Ra­yer dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini yang berulang kali mencela UMNO dengan gelaran 'celaka' sehingga mengundang kemarahan sekumpulan pemuda yang bertindak merempuh bangunan DUN bagi me­minta wakil rakyat berkenaan menjelaskan kenyataan biadab tersebut.

Rayer bukan sahaja enggan memohon maaf atau menarik balik kenya­taan biadab itu malah mengulanginya pula dalam ceramah terbuka DAP ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment