Oleh ASSIM HASSAN
LAHAD DATU, RABU, 07 Mei, 2014: Jemaah Menteri hari ini memutuskan kesemua bot atau kapal negara asing yang memasuki perairan negara terutama di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) wajib melalui laluan-laluan yang telah diwartakan sahaja, berkuat kuasa serta-merta.
Laluan yang diwartakan itu adalah Semporna, Lahad Datu, Kunak, Sandakan, Tawau, Kudat dan Kota Kinabalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya mereka tidak melalui kawasan itu dan memasuki perairan negara melalui laluan lain, kerajaan tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan undang-undang.
Malah tegas beliau, Jemaah Menteri juga memutuskan, semua jenis bot milik penduduk tempatan wajib didaftarkan bagi memastikan bot berkenaan benar-benar kepunyaan mereka dan mengelak timbulnya kekeliruan dengan kemasukan bot asing di perairan negara.
"Kedua-dua langkah proaktif bukan untuk menyusahkan rakyat tempatan dan luar negara sebaliknya bagi memastikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sentiasa selamat daripada anasir jenayah," katanya dalam sidang akhbar selepas membuat lawatan di Pulau Baik di sini malam ini.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohammad Mentek.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi semalam, seorang rakyat China yang merupakan pengurus sebuah pusat ternakan ikan dalam sangkar Wonderful Terrace Sdn. Bhd. di Pulau Baik di sini, Yang Zai Lin, 34, diculik sekumpulan lelaki bertopeng, berbaju ala tentera dan bersenjata dipercayai M-16.
Tambah Ahmad Zahid, sebagai tindakan segera beberapa buah pos kawalan pasukan keselamatan akan ditambah bagi mengukuh dan memantapkan kawalan keselamatan di Esszone.
Beliau menambah, beberapa aset dan kelengkapan tiga agensi terlibat iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditambah bagi tujuan rondaan keselamatan.
"Sememangnya tiga agensi ini ada mengemukakan cadangan untuk menambah aset dan kerajaan sedang mengambil tindakan untuk menyegerakan semua keperluan berkenaan," katanya yang turut merakamkan ucapan simpati kepada keluarga mangsa warga China itu.
Ditanya adakah pasukan keselamatan menerima sebarang tuntutan tebusan dan mengetahui mangsa ditempatkan, Ahmad Zahid berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang panggilan.
Sementara itu, beliau dan Shahidan dijangka mengadakan mesyuarat tergempar bersama Pengerusi Esscom yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di Kota Kinabalu esok.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, beliau dan Shahidan merupakan dua menteri yang dipertanggungjawabkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi turun padang dan meninjau keadaan sebenar seterusnya mengemukakan resolusi bagi menjamin keamanan di perairan negeri ini.
"Kami akan menyediakan laporan lengkap dalam mesyuarat Jemaah Menteri akan datang selain menyerahkan kepada Perdana Menteri bagi tindakan yang perlu diambil," katanya. - UTUSAN
![]() |
* DR. Ahmad Zahid Hamidi ditemani Shahidan Kassim (kanan) bertanyakan sesuatu kepada pekerja di pusat ternakan ikan dalam sangkar selepas membuat lawatan di Pulau Baik, Lahad Datu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin |

No comments:
Post a Comment