My Add

Monday 26 May 2014

Prayuth secara rasmi disahkan raja untuk tadbir Thailand

BANGKOK, ISNIN 26 Mei, 2014: Junta tentera baharu Thailand, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Prayuth Chan-ocha semalam menyatakan bahawa beliau secara rasmi disahkan oleh raja sebagai ketua majlis tentera yang akan mentadbir negara tersebut dan memberi amaran akan menggunakan kekerasan jika bantahan politik berkembang semula.

Prayuth yang mula berkuasa pada 22 Mei lepas berkata, tentera akan memulihkan semula keadaan selepas tujuh bulan demonstrasi jalanan yang membawa maut berleluasa di jalan utama di Thailand. Pihak tentera telah bertindak menangkap sejumlah ahli politik, aktivis dan ramai lagi untuk siasatan lanjut.

"Kita akan kembali kepada keadaan seperti sebelum ini? Jika anda mahu berbuat demikian, saya akan menggunakan kekerasan dan melaksanakan undang-undang yang tegas. Anda perlu memaafkan mana-mana langkah yang tegas itu kerana ia perlu mengikut keadaan," kata Prayuth dalam satu kenyataan di televisyen. - AGENSI/UTUSAN

No comments:

Post a Comment