My Add

Saturday, 10 May 2014

Lebih 60 peratus umat Islam di KL tunai zakat pendapatan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Lebih 60 peratus daripada 194,997 umat Islam yang bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menunaikan tanggungjawab mereka dengan membayar zakat pendapatan tahun lepas.

Pengurus Besar Operasi, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Mohammed Hassan berkata, hanya 34.4 peratus atau 67,078 umat Islam sahaja masih belum berbuat demikian.

Beliau berkata, walaupun pembayaran zakat pendapatan tidak diwajibkan, namun umat Islam harus mengambil berat mengenai rukun Islam ketiga itu supaya pendapatan mereka diberkati Allah swt.

Selain itu, katanya, pembayaran zakat memudahkan pentadbir mengurus pengagihan kembali wang zakat kepada golongan asnaf yang miskin dan memerlukan.

"Seseorang itu tidak membayar zakat mungkin kerana kurangnya kesedaran mengenai tanggungjawab membayar zakat pendapatan atau mungkin membayar zakat di negeri berlainan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA

1 comment:

  1. Dipetik dari siaran semula ralat BERNAMA yang baru dikeluarkan berkenaan artikel di atas, berikut adalah link siaran semula pihak BERNAMA http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgeneral.php?id=1038358 .
    Berdasarkan artikel asal yang dipetik dari pihak BERNAMA sebelum ini sebagaimana siaran tuan di atas, "Encik Mohammed Hassan, Pengurus Besar Operasi memaklumkan zakat pendapatan itu wajib." Pihak BERNAMA telah menulis semula artikel ini bagi membetulkan semula kesilapan wartawan yang menulis. Harap maklum.

    ReplyDelete