My Add

Saturday, 10 May 2014

MERS-CoV: Malaysia tidak kurangkan jemaah haji - Jamil Khir

YAN, SABTU, 10 Mei, 2014: Tiada sebarang cadangan oleh mana-mana pihak untuk mengurangkan bilangan jemaah haji tahun ini berikutan meningkatnya wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, walaupun diakui wabak MERS-CoV semakin banyak dikesan ketika ini, tetapi belum ada arahan terutama daripada pihak berkuasa di Arab Saudi untuk mengurangkan bilangan jemaah.

Beliau berkata, apa yang dilakukan ketika ini adalah dengan mengambil langkah berjaga-jaga selain mengharapkan suntikan yang diambil bagi mengelakkan jangkitan berkaitan radang paru-paru.

"Ini kita dapatkan kerjasama Kementerian Kesihatan. Kita cadangkan tambahan kepada suntikan yang diambil oleh mereka yang tunaikan umrah dan haji. Ini sedang diberikan perhatian.

Kita tak cadang pun untuk kurangkan kuota (haji). Kuota sekarang pun amat terhad berbanding senarai menunggu yang sangat panjang. Kuota haji kita kekal 22,300," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun ke-100 Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment