Veteran UMNO perlu sesuaikan diri dengan landskap politik baharu
KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Mei, 2014: UMNO sama sekali tidak pernah melupakan sumbangan golongan veteran parti, namun mereka perlu menyesuaikan diri dengan landskap politik baharu jika ingin kekal relevan, kata Naib Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, dengan realiti semasa menunjukkan 60 peratus daripada jumlah pengundi kini tertumpu di bandar, maka golongan veteran parti perlu meneliti tentang corak pemikiran dan gaya hidup pengundi bandar dalam usaha menarik sokongan mereka.
"Landskap (politik baharu) ini harus kita akui kerana demografi, kependudukan yang berbeza serta minda dan pola pengundi telah berubah.
"Perubahan ini berlaku disebabkan urbanisasi (perbandaran) dibuat sama ada cara melintang atau menegak melalui mobiliti sosial," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Veteran UMNO Malaysia Keenam di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment