My Add

Monday 26 May 2014

Polis nasihat orang ramai tidak ke Thailand ketika ini

ARAU, ISNIN 26 Mei, 2014: Orang ramai khususnya penduduk Perlis dinasihatkan supaya tidak berkunjung ke Thailand untuk sementara waktu sebaliknya hadir memeriahkan temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 yang sedang berlangsung di negeri ini.

Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron yang memberi nasihat itu berkata, mereka boleh mengunjungi negara jiran itu apabila keadaan pulih.

"Keadaan keselamatan di negara (itu) sekarang tidak menentu. Apa-apa sahaja boleh berlaku. Jadi eloklah kita berada dalam negara," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas penyerahan tugas Ketua Polis Daerah (KPD) Arau, Supt Nazri Hussain kepada timbalannya, DSP Ishak Baharom yang memangku jawatan itu.

Nazri yang dinaikkan pangkat ACP akan memegang jawatan Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur mulai bulan hadapan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment