My Add

Friday, 9 May 2014

Naib presiden PCM umum bertanding PRK Bukit Gelugor

GEORGE TOWN, JUMAAT, 09 Mei, 2014: Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan hari ini mengumumkan akan bertanding mewakili parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei.

Huan, 53, berkata, keputusan itu dibuat bukan kerana kepentingan peribadi sebaliknya berlandaskan kepada pengalamannya dalam bidang politik selama ini.

"Saya akan menggunakan pengalaman sebagai bekas Naib Presiden Gerakan dan anggota Parlimen Batu Kawan antara 2004 dan 2008 untuk berkhidmat kepada penduduk di Parlimen Bukit Gelugor.

"Malah ketika bukan lagi bergelar anggota Parlimen, saya tetap berkhidmat kepada rakyat menerusi PCM serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Centre for Political Awareness untuk membangkitkan kesedaran rakyat dalam isu-isu tertentu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment