My Add

Wednesday 28 May 2014

PCM failkan petisyen pilihan raya

Oleh Azeli Ali

PULAU PINANG, SELASA 27 Mei, 2014: Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor yang me­wakili Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan akan memfailkan petisyen pilih­an raya untuk membatalkan keme­nangan calon DAP, Ramkarpal Singh Deo.

Petisyen itu akan difailkan selepas sebulan keputusan PRK berkenaan diwartakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana kata Cheng Guan, DAP didapati melanggar peraturan sepanjang tempoh berkempen dan hari pengundian Ahad lalu.

Beliau berkata, pihaknya memiliki beberapa bukti yang mengaitkan DAP dengan pelanggaran peraturan itu yang akan diserahkan kepada SPR.

"Antara kesalahan yang dibuat ialah bahan kempen DAP berada kurang 50 meter dari pusat pengundian serta beberapa petugas parti itu berada terlalu hampir dengan kawasan mengundi.

"Saya ada bukti bergambar dan video berkaitan perkara itu dan akan failkan petisyen di mahkamah pilihan raya selepas keputusan itu diwartakan nanti," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pertandingan empat penjuru PRK itu Ahad lalu, Ramkarpal menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh 41,242 undi.

Tiga lagi calon iaitu Cheng Guan yang juga Naib Presiden PCM hanya memperoleh 3,583 undi manakala dua calon Bebas iaitu ahli Pas, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Shatar (799) dan Abu Backer Sidek Mohamad Zan (225).

PRK itu diadakan berikutan kematian Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya di Kampar, Perak pada 17 April lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment