My Add

Wednesday 28 May 2014

Tindakan Hadi kerana desakan politik

NUSAJAYA, SELASA 27 Mei, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turun padang menyokong kempen Dyana Sofya Mohd. Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan biarpun calon DAP itu menentang hukum hudud dibuat atas dasar desakan politik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Abdul Hadi itu sememangnya bukan sesuatu yang menghairankan ke­­rana biarpun sebelum berlangsung PRK tersebut pembangkang telah bercanggah pendapat, namun disebabkan kepentingan politik, soal prinsip bukan lagi keutamaan mereka.

"Tindakan itu ialah kerana desakan politik dia (Abdul Hadi). Walaupun sebelum ini parti dalam pembangkang ba­­nyak percanggahan bukan hanya dari segi hukum, tapi dasar-dasar lain juga. Itu macam 'uneasy partnership' sebab ada kepentingan politik, bagi saya ia tidak menghairankan.

"Walaupun calon tu menentang hudud, Hadi kata tak apalah kita sokong juga. Jadi, soal prinsip itu tidak lagi menjadi pegangan utama," katanya ketika diminta mengulas tindakan Abdul Hadi yang tetap menyokong kempen Dyana Sofya biarpun di sebalik tentangannya terhadap perlaksanaan hukum hudud dan bantahan Pas terhadap pendirian calon DAP itu.

Muhyidin yang dite­mani isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman ditemui selepas meng­hadiri Sesi Taklimat Pembangunan Negeri Johor oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Wi­layah Pembangunan Iskandar (IRDA) di Kota Iskandar yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment