Oleh ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM, RABU, 07 Mei, 2014: Tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa merampas tanah diusahakan mereka sejak hampir 70 tahun lalu, lebih 100 peneroka berhimpun di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.
Mereka yang adalah sebahagian daripada 336 peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang berbuat demikian sebagai membantah tindakan tidak bertimbang rasa kerajaan negeri.
Para peneroka berhimpun kira-kira pukul 11.30 pagi bagi menuntut kerajaan negeri menarik balik keputusan merampas tanah terbabit selain membenarkan mereka terus mengusahakan aktiviti tanaman kelapa sawit, sawah padi dan koko di atas Tanah Hutan Simpan Sungai Karang itu.
Mereka khuatir punca pendapatan bakal terjejas disebabkan keputusan kerajaan negeri merampas tanah tersebut menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk dijadikan ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai perhimpunan tersebut berkata, keputusan kerajaan negeri itu ternyata tidak mengambil kira kebajikan peneroka yang selama ini bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai periuk nasi bagi menyara keluarga masing-masing.
"Tanah berkenaan diteroka secara kecil-kecilan pada lewat 1940-an dan awal 1960-an oleh generasi awal dan diteruskan oleh anak cucu mereka sehingga kini. Sebahagian besar mereka tidak mempunyai tanah lain untuk diusahakan.
"Jika kerajaan negeri berhasrat membuka ladang kelapa sawit, mengapa tidak buka sahaja di kawasan tanah yang baharu. Mengapa perlu merampas kawasan tanaman peneroka yang dibuat secara kecil-kecilan melibatkan tanah masing-masing seluas kira-kira 0.6 hektar," soalnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohamad Yasid Bidin hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos.
Budiman turut mempersoalkan cara kerajaan negeri mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu kepada para peneroka di Masjid Al-Khairiah, Simpang Lima, Sungai Panjang pada 12 April lalu.
Jelasnya, sesi penerangan yang dikatakan dihadiri wakil MBI, PKPS dan Jabatan Perhutanan negeri itu langsung tidak memberi apa-apa jaminan mengenai status tanah para peneroka terbabit termasuk pampasan.
Sementara itu, Pengerusi Pekebun-Pekebun Kecil Parit 14, Zulkifli Zakaria ketika ditemui kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak berperikemanusiaan serta tidak memahami kesusahan rakyat.
Jelas beliau, para peneroka sejak tiga bulan lalu telah memohon permit untuk meneroka dan mengusahakan tanah mereka di kawasan hutan simpan berkenaan.
"Bagaimanapun, permohonan kami itu tiada apa-apa jawapan sebaliknya kerajaan negeri pula mengambil tindakan merampas," ujarnya. - UTUSAN
![]() |
* JAMAL Md. Yunos (tiga dari kiri) dan Budiman Mohd. Zohdi (empat dari kiri) bersama peneroka berkumpul secara aman sewaktu menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Besar Selangor di hadapan Bangunan SUK Selangor di Shah Alam, Selangor, semalam. - Utusan/Mohd. Shaharani Saibi |
Mereka yang adalah sebahagian daripada 336 peneroka tanah dari Parit 14 dan Parit 15, Sungai Panjang berbuat demikian sebagai membantah tindakan tidak bertimbang rasa kerajaan negeri.
Para peneroka berhimpun kira-kira pukul 11.30 pagi bagi menuntut kerajaan negeri menarik balik keputusan merampas tanah terbabit selain membenarkan mereka terus mengusahakan aktiviti tanaman kelapa sawit, sawah padi dan koko di atas Tanah Hutan Simpan Sungai Karang itu.
Mereka khuatir punca pendapatan bakal terjejas disebabkan keputusan kerajaan negeri merampas tanah tersebut menerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) untuk dijadikan ladang kelapa sawit yang diuruskan oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd. Zohdi yang mengetuai perhimpunan tersebut berkata, keputusan kerajaan negeri itu ternyata tidak mengambil kira kebajikan peneroka yang selama ini bergantung kepada aktiviti pertanian sebagai periuk nasi bagi menyara keluarga masing-masing.
"Tanah berkenaan diteroka secara kecil-kecilan pada lewat 1940-an dan awal 1960-an oleh generasi awal dan diteruskan oleh anak cucu mereka sehingga kini. Sebahagian besar mereka tidak mempunyai tanah lain untuk diusahakan.
"Jika kerajaan negeri berhasrat membuka ladang kelapa sawit, mengapa tidak buka sahaja di kawasan tanah yang baharu. Mengapa perlu merampas kawasan tanaman peneroka yang dibuat secara kecil-kecilan melibatkan tanah masing-masing seluas kira-kira 0.6 hektar," soalnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar, Mohamad Yasid Bidin hari ini.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md. Yunos.
Budiman turut mempersoalkan cara kerajaan negeri mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu kepada para peneroka di Masjid Al-Khairiah, Simpang Lima, Sungai Panjang pada 12 April lalu.
Jelasnya, sesi penerangan yang dikatakan dihadiri wakil MBI, PKPS dan Jabatan Perhutanan negeri itu langsung tidak memberi apa-apa jaminan mengenai status tanah para peneroka terbabit termasuk pampasan.
Sementara itu, Pengerusi Pekebun-Pekebun Kecil Parit 14, Zulkifli Zakaria ketika ditemui kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang tidak berperikemanusiaan serta tidak memahami kesusahan rakyat.
Jelas beliau, para peneroka sejak tiga bulan lalu telah memohon permit untuk meneroka dan mengusahakan tanah mereka di kawasan hutan simpan berkenaan.
"Bagaimanapun, permohonan kami itu tiada apa-apa jawapan sebaliknya kerajaan negeri pula mengambil tindakan merampas," ujarnya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment