Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
PUTRAJAYA, RABU, 07 Mei, 2014: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Pengarah Urusannya, Datuk Abdul Rahim Hasan dianugerahkan Outstanding CEO Of The Year 201 dalam persidangan tahunan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Asia Pasifik (ADFIAP) ke-37 baru-baru ini.
Persidangan itu diadakan di World Trade Centre, Moscow, Rusia pada 23 hingga 25 April lalu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan kejayaan itu berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan TEKUN melahirkan begitu ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya di negara ini.
"Kejayaan ini bukan sahaja kejayaan Abdul Rahim seorang tetapi melibatkan semua tenaga kerja di TEKUN. Sejak penubuhan TEKUN pada 1998, ia telah memberi sumbangan cukup besar dalam usaha melahirkan usahawan kecil dan sederhana.
"Untuk makluman, dari tahun 1998 hingga 30 April 2014, TEKUN telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM3.08 bilion kepada 287,309 peniaga terutamanya usahawan Melayu dan bumiputera," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Selain Abdul Rahim, yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dan Pengerusi TEKUN, Datuk Hamidah Osman.
ADFIAP dianggotai 126 buah bank dan institusi kewangan pembangunan dari negara-negara Asia Pasifik dan persidangan yang diadakan di Moscow itu dihoskan oleh Bank Pembangunan & Hal Ehwal Ekonomi Luar (Vneshconombank), kerajaan Rusia.
Ismail Sabri berkata, perhatian serius pihak TEKUN terhadap aspek integriti dan keutuhan tadbir urus turut memainkan peranan kepada kejayaan tersebut.
"Sebelum ini TEKUN telah menerima anugerah peringkat dunia dalam kategori Perkhidmatan Kewangan Inovasi Terbaik ketika berlangsungnya Persidangan Kewangan Mampan Global di Jerman pada 4 dan 5 Julai tahun lalu," katanya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan peminjam TEKUN, kira-kira 20 peratus daripadanya gagal dalam perniagaan mereka.
Walau bagaimanapun kata Ismail Sabri, TEKUN tidak pernah meminggirkan mereka sebalik-nya terus berusaha membantu golongan tersebut untuk bangkit semula di dalam bidang keusahawanan dengan memberi peluang kedua.
"Namun begitu yang paling penting ialah usaha mereka untuk berjaya dan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata. Mereka perlu mempunyai keinginan untuk menjadi usahawan yang berjaya," katanya. - UTUSAN
![]() |
* ISMAIL Sabri Yaakob (tengah) memegang piala Outstanding CEO of The Year 2014 yang diterima oleh Abdul Rahim Hassan (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Hamidah Osman (kir) dan Mohd. Arif Ab. Rahman (dua dari kanan ) ketika persidangan tahunan ADFIAP ke-37 di Moscow, Russia di Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF |
Persidangan itu diadakan di World Trade Centre, Moscow, Rusia pada 23 hingga 25 April lalu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan kejayaan itu berkata, pencapaian tersebut membuktikan keupayaan TEKUN melahirkan begitu ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya di negara ini.
"Kejayaan ini bukan sahaja kejayaan Abdul Rahim seorang tetapi melibatkan semua tenaga kerja di TEKUN. Sejak penubuhan TEKUN pada 1998, ia telah memberi sumbangan cukup besar dalam usaha melahirkan usahawan kecil dan sederhana.
"Untuk makluman, dari tahun 1998 hingga 30 April 2014, TEKUN telah menyalurkan pinjaman sebanyak RM3.08 bilion kepada 287,309 peniaga terutamanya usahawan Melayu dan bumiputera," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Selain Abdul Rahim, yang turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Arif Ab. Rahman dan Pengerusi TEKUN, Datuk Hamidah Osman.
ADFIAP dianggotai 126 buah bank dan institusi kewangan pembangunan dari negara-negara Asia Pasifik dan persidangan yang diadakan di Moscow itu dihoskan oleh Bank Pembangunan & Hal Ehwal Ekonomi Luar (Vneshconombank), kerajaan Rusia.
Ismail Sabri berkata, perhatian serius pihak TEKUN terhadap aspek integriti dan keutuhan tadbir urus turut memainkan peranan kepada kejayaan tersebut.
"Sebelum ini TEKUN telah menerima anugerah peringkat dunia dalam kategori Perkhidmatan Kewangan Inovasi Terbaik ketika berlangsungnya Persidangan Kewangan Mampan Global di Jerman pada 4 dan 5 Julai tahun lalu," katanya.
Menjawab satu soalan, beliau berkata, daripada jumlah keseluruhan peminjam TEKUN, kira-kira 20 peratus daripadanya gagal dalam perniagaan mereka.
Walau bagaimanapun kata Ismail Sabri, TEKUN tidak pernah meminggirkan mereka sebalik-nya terus berusaha membantu golongan tersebut untuk bangkit semula di dalam bidang keusahawanan dengan memberi peluang kedua.
"Namun begitu yang paling penting ialah usaha mereka untuk berjaya dan bukannya mengharapkan bantuan semata-mata. Mereka perlu mempunyai keinginan untuk menjadi usahawan yang berjaya," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment