My Add

Wednesday 28 May 2014

Yadim anjur Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan

KUALA LUMPUR, SELASA 27 Mei, 2014; Orang ramai dijemput untuk menghadiri Muzakarah Jenayah Syariah Kebangsaan yang akan dianjurkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bersempena dengan Program Dakwah Negara 2014 pada 29 Mei ini.

Yadim menerusi kenyataan akhbar memaklumkan tujuan muzakarah itu adalah untuk mengadakan perbincangan secara konstruktif yang berteraskan ilmu dan fakta mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

"Perbincangan berbentuk forum ini akan diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melibatkan penceramah daripada para ulama, cendekiawan, wakil ahli politik serta pemimpin masyarakat dalam mengulas dan membahaskan isu berkenaan," katanya di sini hari ini.

Objektif muzakarah itu juga adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat umum berhubung konsep, falsafah dan matlamat pelaksanaan hukum tersebut supaya mereka tidak terkeliru dengan prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah dalam pelaksanaannya.

"Menerusi muzakarah ini, masyarakat umum boleh mendengar dan menilai antara kebaikan dan keburukan hukum berkenaan melalui pandangan dan hujah-hujah yang akan disampaikan oleh pakar dan tokoh agama negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment